Kami merupakan Homemade Bakery yang berlokasi di Garden Avenue Seremban 2, N9. Produk kami boleh didapati di sekitar gerai-gerai jualan kuih-muih disekitar Garden Avenue, Garden Homes dan Green Home.
Anda juga turut boleh mendapatkan roti & pastri kami di:
📍 Petronas Garden Avenue
Antara Kuih-muih dan Roti yang laris dibeli pelanggan kami.
Sedaplah Donut Akak. Lembut, gebu dan tak berminyak. Anak-anak pun suka sangat.
- Pelanggan Yatie Corner
Sedap roti ini lagipun sekarang kita kena support produk muslim. Susah nak dapat roti buatan muslim sekarang.
- Pelanggan Petronas Garden Avenue
Setiap pagi saya mesti cari kuih tradisional ini. Bau pandan dan bijan membangkitkan selera semasa minum pagi.
- Pelanggan Kedai Kak Wan